Family time

Trip ke Bukit Kudung Jeli – kami habis rm40 je

Destinasi kami : Bukit Kudung, Jeli Kelantan.

akhirnya sampai kami, 10.11.2019 hari ahad, saya selaku ketua keluarga mengajak wife dan anak anak ke Bukit Kudung. Sampai di Jeli, kami perlu cari UMK. Jumpa UMK, masuk ikut depan, ada pintu gerbang dia. Jarak dari jalan besar ke Bukit Kudung lebih kurang 5minit. Pukul 8.45 kami dah sampai.

gambar kat jambatan(retok), kena turun dulu pahtu jalan kaki naik atas bukit..

Penginapan dan resort di Bukit Kudung diurus oleh ?

Lalang’s Chalet & campsite. Ni facebook dia https://www.facebook.com/LataKedingBukitKudung/

laluan masuk ke Bukit Kudong.

Tip: kawasan parking ada dua, kat bawah tu… kat atas pun ada tapi terhad sangat. Jika tn pn kurang stamina, elok parking atas. Tapi kena pastikan kaki kat brek selalu, mencabar juga.

Hentian pertama, ada kolam ikan.. Layan anak anak tengok ikan dlu.. Tangan kiri kanan pegang beg.

kolam ikan. jangan terjun sudah la.

Dari kolam ni ada satu tangga ke lata, tapi kami gagahkan diri nak cari tugu bukit kudung, rupanya atas lagi. Kena mendaki lagi. Gambar punya pasal.

Tugu Lalang kat tengah pendakian, tugu i love Bukit Kudung kat atas lagi. Dari sini dah nampak, kena mendaki lagi.

Kami meneruskan hasrat kami untuk sampai ke tugu i love bukit kudung, masa ni kami la family pertama yang sampai. Jadi boleh possing bagai kat sini.

Ni la tugu yang viral tu, masa sampai sini anak anak dah mula meragam. Ajak bergambar pun payah.

Settle sini ok, lets go mandi.. kena turun balik, cari port baik. Nak selera, saya syorkan anda sewa wakaf dia, tepi lata.. rm10 untuk 3jam.. depoait rm20. Kami sewa 1 wakaf.

ada meja ada kerusi, boleh la tinggal barang kat situ

Tip: jangan lupa bawa air manis atau gas.

Lagi satu yang bagusnya tempat mandi (lata) di sediakan tapak khemas, resort dan tandas awam. Nak bermalam disitu atau diatas anda pilih la

tandas awam, pat mandi pun ada.. air laju

Lain lain kemudahan : Tempat solat ada kat atas (dekat dewan makan dia)

Hari saya ada sembang dengan sorang brother, dia tidur kat situ. Tanya harga dia cakap 80 je.. wow murah tu.. coming soon insyaallah, boleh try bermalam sini.

Lata di Bukit Kudung dikenali lata keding, air dia sejuk yang amat. Macam duduk dalam ais batu. Ada tempat tohor, ada tempat sederhana dan ada tempat dalam sikit.

Total kos kami habis, minyak rm10, bekalan makan rm10, sewa wakaf rm10 dan beli makan masa balik rm10.. total rm40.

Masa balik, sy tgk ramai giler orang, kereta saja lebih 25bijik kat parking bawah. Hebat tarikan Bukit Kudung.

sebelum gerak saya tanya, anak anak… ok tak…. no.3 sofea kata `best sangat.

Petang baru rasa terik urat……. aduhh

————————————————————-

Esok ahad cuti maulidur rasul

lusa dan tulat cuti hari keputeraan

so sekarang tengah kira kira budget…. ingat pengurusan sangat penting, terOVER kita yang merasa. Bukan nak berkira tau.

Jarak destinasi kami sejam je. Machang – Jeli. Lokasi dia, masuk ikut lorong depan UMK.. Budget minyak dalam rm10 + plus minyak sediaada.

Makan minum kami sekeluarga (8orang).. katakan 7set nasi goreng (small plate). total rm36.. air lak rm2 segelas. total rm14. Senarai harga ni saya mintak kat facebook dia..

Bekalan air dan ‘cek ke dis’ dalam rm10.

so budget kami dalam rm70..

ok set hari cik mas, kita g sana.. maximum 70 budget… boleh cut kos lagi bagus..

gambar dari group.machang

info sahabat hok g doh…

masuk free, tandas free…..

Apa lagi pakat g la.. Utamakan keselamatan okay.

akhir kata… berkenan dengan iklan, klik je…

1.adjust ilmu pengurusan kewangan disini

2.nak beli simkad tahan lama, klik sini

3.youtube channel, klik sini

Nazrin Nor 0103317006
0103317006.. klik YOUTUBE CHANNEL : Nazrin Nor