Family time

Bukit Bakar Machang

Mood ok harini.. anak tak ajak tapi saya yang ajak..

sebenarnya garu kepala juga pasal budget kami RM10.00 je.

Mujur la saya, anak no.1 dan no.2 pagi tadi makan kat majlis selawat tadi… jadi cukup la rm10 untuk cover yang belum makan. Air bawa dari rumah je. So bertolak la kami sekeluarga ke Bukit Bakar.

Bila sampai, anak anak request nak mandi.. so saya cari port la… air pun jernih.. kawasan sekeliling pun bersih.. TQ MDM..

This image has an empty alt attribute; its file name is IMG_20191109_101011-1024x768.jpg

Iklan bermula…hahhaha

tinggal kenangan… dlu masa remaja saya selalu naik jambatan ni.

Time kami nak balik baru ada family lain datang…

lagi satu yang best, jika mari bakar ayam sini… tapak dia dah ada.. cuma kita kena bawa jaring dan arang je la…

ermmm.. bila ye………okay layan video jap

ketinggian bukit bakar

Ketinggian Bukit Bakar ialah 625.. boleh dijadikan trek untuk hiking ni.

hiking bukit bakar

Perjalanan lebih kurang 2jam, bergantung pada stamina masing-masing. Jarak perjalanan lebih kurang 3.7 kilometer. Kat atas tu ada pemancar telekomunikasi, Tnb dan ada tempat askar. Jika naik dengan 4wd pun boleh, atas berani masing masing.

alangkah baik jika tempat ini dimajukan..cadangan saya jika ada yang dengar la..

pertama, swastakan tempat ini…maksudnya, nak masuk mesti bayar tiket..

kedua, wujudkan resort atau chalet..

ketiga, wujudkan restoran viral disini. contohnya, kalu kak mah satay jual sini… maju tempat ni…hahh.. contoh je tu..

keempat, semua memainkan peranan memajukan kawasan ini.

berkaitan cadangan no.3, saya pernah makan kat Penang (area BM kalu x silap).. ada satu kedai tu.. nak g kena masuk laluan sempit, jalan liku liku… naik bukit sikit… tp semasa sampai terkejut saya, parking penuh… restoran tu dalam ladang… ada macam macam haiwan…. rusa kijang arnab dan macam macam la…..

akhir kata… berkenan dengan iklan, klik je…

1.adjust ilmu pengurusan kewangan disini

2.nak beli simkad tahan lama, klik sini

3.youtube channel, klik sini

Nazrin Nor 0103317006
0103317006.. klik YOUTUBE CHANNEL : Nazrin Nor

Leave a Reply

Your email address will not be published.